Ø Kejuruteraan genetik dalam bidang
pertanian .
·
Kebaikan
Penggabungan semula DNA (DNA Recombinant) merupakan salah
satu cabang bioteknologi moden yang termasuk dalam bidang kejuruteraan genetik.
Proses ini membolehkan seseorang untuk memilih DNA yang menjadi ciri spesifik
sesuatu organisma dan digabungkan dengan genom organisma lain. Proses ini juga
membolehkan seseorang untuk memilih gen yang memberi ciri yang baik dan
menyingkirkan gen yang membawa ciri tidak baik pada sesuatu organisma.
Ribuan tahun dahulu, petani mengamalkan pembiakan terpilih
untuk menghasilkan tanaman yang berkualiti tinggi dan banyak. Hal ini dilakukan
dengan memilih benih tumbuhan yang terbaik sahaja untuk diusahakan. Kaedah
tradisional mula mengalami perubahan sejak tahun 1980-an yang mana para saintis
mula menggunakan kejuruteraan genetik pada tumbuhan dan tanaman. Jurutera
genetik mampu melakukan pembiakan terpilih jauh lebih baik daripada petani
terdahulu dengan cara mengambil gen yang baik dari suatu spesies dan
menggabungkannya dengan genom spesies lain untuk menghasilkan tanaman yang
lebih bermutu tinggi. Tanaman-tanaman ini dikenali sebagai tanaman transgenik
Contohnya, penghasilan tomato yang tahan lama, lambat lembik dan kekal segar
(Fridell, 2006).
Tanaman transgenik ini
dihasilkan untuk meningkatkan hasil produktiviti pertanian dari dua sudut,
kualiti dan kuantiti. Aplikasi penggabungan DNA ini membawa banyak manfaat
seperti ciptaan tanaman baru yang mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap
serangga perosak dan racun serangga perosak, memperbaharui nilai nutrisi dalam
hasil tanaman dan makanan yang terhasil daripadanya dan berupaya hidup dalam
kondisi berbeza. Penemuan ini sekali gus turut memberi keuntungan yang berlipat
ganda kepada para petani.
·
Keburukan
Sumbangan
salah satu cabang kejuruteraan genetik ini dalam penambahbaikkan sektor
pertanian dan sumber makanan tidak dapat dinafikan.Walau bagaimanapun, ramai
pengguna, pencinta alam sekitar dan para saintis sendiri menyatakan bantahan
mengenai kebimbangan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang produk
penggabungan DNA ini terhadap tahap keselamatan makanan.
Kajian yang
dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui
proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus
tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya
menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain.
Dalam Islam, umatnya amat digalakkan untuk mencipta kemajuan
untuk memudahkan kehidupan manusia keseluruhannya. Walaupun begitu, setiap
teknologi yang dihasilkan mestilah bersandarkan undang-undang dan etika dalam
Islam seperti yang digariskan dalam Al-Quran dan Sunah. Berdasarkan hakikat
ini, tindakan memindahkan dan menggabungkan DNA ini merupakan tindakan
“seumpama Tuhan”. Perubahan dan kemajuan dalam bidang ini tidak dapat diterima
oleh sebahagian ahli agama kerana mereka berpendapat ia seperti mencampuri
urusan Tuhan.
Islam tidak
menghalang sebarang kemajuan yang dilaksanakan umatnya dengan syarat kemajuan
tersebut dilaksanakan dengan baik. Selain dari menikmati manfaat dari hidupan
lain, semua sumber alam lain haruslah dijaga dan tidak dimusnahkan. Hal ini
sepertimana firman Allah SWT
Terjemahan: Dan janganlah
kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah
kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap.Sesungguhnya rahmat Allah sangat
dekat kepada orang yang berbuat kebaikan. (Al-A’raf, 7: 56)
Di
dalam Al-Quran, ditegaskan bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa mencipta dan
mengawal segalanya di dunia ini. Semua ciptaan Allah ini merupakan tanda-tanda
kewujudan dan kebesaran Allah SWT.
Terjemahan: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan
bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tandatanda (kebesaran Allah) bagi
orang yang berakal. (Ali‘Imran, 3: 190)
Kemajuan dalam
kejuruteraan genetik ini membuatkan sesetengah orang mendakwa bahawa mereka
mempunyai keupayaan memanipulasi benda hidup. Hakikat sebenar dalam Islam telah
menegaskan bahawa manusia tidak mampu mencipta walau serangga sekecil lalat
walaupun para saintis bekerjasama melakukannya. Mereka tidak mempunyai kuasa
untuk melakukannya tanpa izin Allah SWT. Firman Allah SWT:
Terjemahan: Wahai umat manusia, Inilah diberikan satu
misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya Dengan bersungguh-sungguh.
sebenarnya mereka Yang kamu seru dan sembah, Yang lain dari Allah itu, tidak
sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat Walaupun mereka berhimpun
beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari
mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Keduaduanya lemah
belaka), lemah Yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah Yang diminta
(daripada menunaikannya). (Al-Hajj, 22: 73)