PENERANGAN
Umumnya,
kejuruteraan genetik membawa maksud sebarang teknologi pengubahsuaian genetik
deoxyribonucleic acid (DNA) sesuatu organism. Ianya merangkumi pemindahan DNA
yang berguna dalam sesuatu organisma ke dalam organism yang lain. Kejuruteraan
genetik bukanlah satu fenomena baru untuk diperkatakan. Kejayaan dalam bidang
sains telah membuka ruang untuk penyelidik meneroka bidang ini. Sarjana Islam
telah memberikan pelbagai reaksi terhadap isu kejuruteraan genetik ini. Ada
yang memberi reaksi positif dan ada juga negatif
Kejuruteraan
genetik telah memberi banyak sumbangan dalam perkembangan teknologi terutama
dalam bidang bioteknologi, perubatan dan pertanian. Penemuan langkah rawatan
yang efektif, pembangunan farmaseutikal dan penemuan vaksin dalam bidang
perubatan telah membuktikan kejuruteraan genetik mampu membantu manusia dalam
kehidupan. Bidang pertanian pula mengaut keuntungan yang lumayan apabila hasil
tanaman dan haiwan ternak membuahkan hasil yang banyak. Peningkatan jumlah
pengeluaran ini adalah hasil daripada tumbuhan transgenik, iaitu organisma
diubah suai secara genetik (genetically modified organism (GMO)).
Terdapat
juga makanan yang diubah suai secara genetik (genetically modifed food (GMF))
dan ianya juga boleh meningkatkan tahap nutrisi sesuatu makanan, selain dari
pengeluaran produk yang mudah dan meningkatkan hasil produk. Beberapa teknik
yang terdapat dalam kejuruteraan genetik ini seperti penggabungan DNA, dan
pengklonan pembiakan dan pengklonan terapeutik telah diaplikasikan. Potensi
cerah bidang kejuruteraan genetik ini mendorong para saintis barat melakukukan
kajian intensif dan mendalam tanpa memikirkan isu etika dan moralnya. Melalui
kerja kursus ini kami dapat membincangkan mengenai kedudukan hukum dan aplikasi
kejuruteraan genetik dalam kehidupan khususnya dalam masyarakat Islam.
Pembincangan ini memfokuskan kepada
aplikasi kejuruteraan genetik menurut kaca mata maqasid syariah. Selain itu, turut dibincangkan
kebaikan dankeburukan kejuruteraan genetik dalam bioteknologi menurut islam.
No comments:
Post a Comment