Ø
Kejuruteraan
genetik dalam perubatan
Pengklonan
pembiakan (Reproductive Cloning) merupakan pembiakan secara asexual, iaitu
hanya memerlukan satu sahaja benih iaitu ovum untuk membiak. Pengklonan
pembiakan ini boleh dilakukan melalui dua cara iaitu pembelahan embrio dan pemindahan
nukleus . Antara kejayaan yang terbaru dalam bidang pengklonan manusia adalah
kelahiran bayi perempuan pertama Eve, hasil daripada kaedah pengklonan. Saintis
yang bertanggungjawab dalam usaha ini, Brigitte Boisselier, juga merupakan
Presiden Clonaid mengumumkan kelahiran bayi tersebut pada 26 Disember 2002.
Kaedah yang digunakan ialah teknologi pemindahan nukleus. Nukleus seorang
wanita yang berusia 31 tahun telah digunakan kemudian disenyawakan dengan sel
yang tiada nukleus. Hasil persenyawaan ini kemudian ditempatkan ke dalam rahim
wanita tersebut untuk proses tumbesaran secara normal (Knoppers, 2003).
Pengklonan pembiakan telah menimbulkan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.
Antara pihak yang tampil ke hadapan adalah sarjana Islam, aktivis etika, dan
ramai lagi.
Majoriti ulama
telah memfatwakan bahawa pengklonan pembiakan adalah haram di sisi Islam.
Terdapat beberapa aspek yang dipersetujui yang membawa kepada pengharaman ini
iaitu dari segi akidah, status manusia yang diklon, pembahagian harta pusaka
dan perwalian dalam pernikahan. Terdapat banyak
pertelagahan mengenai pengklonan pembiakan ini terutama dari segi akidah yakni
keyakinan teguh terdapat Allah SWT sebagai pencipta. Ada pendapat mengatakan
ianya seperti mempermainkan Tuhan. Ini kerana ianya seperti mahu mencabar Allah
sebagai pencipta (al -Khaliq), sesuai dengan firman Allah dalam surah al Furqan
ayat ke-54:
Terjemahan: Dan
Dialah Tuhan Yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya
(mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya
Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua Yang dikehendakiNya). (al- Furqan, 25:
54)
Selain itu,
mudarat yang akan dihadapi juga akan melebihi manfaat yang diterima. Terdapat
banyak bukti yang menunjukkan pengklonan manusia merupakan pembaziran
penggunaan embrio dan fetus. Sebagai contoh, Dr. Woo Suk Hwang dari Universiti
Kebangsaan Seoul, Korea Selatan dan rakannya telah mengklon blastosis manusia
buat pertama kali (Huwang WS, 2004). Mereka telah menggunakan 242 telur (ovum)
daripada 16 wanita dan menghasilkan 30 embryo. Malangnya, hanya satu sel induk
yang berjaya dihasilkan (Picher HR). Jika perkara sebegini dibiarkan tanpa sekatan,
penyalahgunaan wanita yang sudi menjual benihnya (ovum) akan berleluasa.
Jika perkara
sebegini dibiarkan tanpa sekatan, penyalahgunaan wanita yang sudi menjual
benihnya (ovum) akan berleluasa. Selain itu, keguguran fetus dan kelahiran
manusia yang tidak sempurna hasil daripada ujikaji akan meningkat. Perkara ini
secara umumnya akan memberi kesan buruk kepada masyarakat (Browing F, 2004).
Kebanyakan saintis tidak menyetujui cubaan untuk mengklon manusia selain
menganggapnya sebagai perbuatan yang bahaya dan tidak bertanggungjawab
(JanishR, 2001). Islam mengharamkan pengklonan pembiakan manusia kerana ianya
melanggar fitrah kehidupan manusia. Hal ini sesuai dengan firman Allah dalam
surah Al-Tin ayat 4:
Terjemahan:
Sesunguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
(al-Tin, 95: 4)
Ayat ini
menyatakan tentang ketinggian darjat manusia yang telah dinaikkan oleh Allah
SWT. Oleh kerana itu tidak sewajarnya manusia dijadikan bahan penyelidikan.
Selain itu, perkara ini juga akan menyebabkan wanita terutamanya akan merasakan
bahawa mereaka tidak memerlukan lelaki untuk mendapatkan anak. Justeru, dalam
keadaan ini institusi kekeluargaan yang dianjurkan Islam dalam kerangka
membentuk masyarakat yang bertamadun tidak dapat direalisasikan di sini. Hal
ini sedikit sebanyak mendorong perbuatan yang dilaknat Allah iaitu hubungan
sesama jenis (Majdah, 2001). Perbuatan tersebut sudah tentu kemurkaan daripada
Allah. Hal ini sesuai dengan firman Allah dalam al-Quran:
Terjemahan:
Mengapa kamu mendatangi jenis laki-laki di antara manusia (perbuatan homoseks).
Dan kamu tinggalkan perempuan yang diciptakan Tuhan untuk menjadi isteri-isteri
kamu? Kamu memang orang-orang yang melampaui batas. (as-Syu’ara’, 26 : 155-156)
Kekeliruan mengenai status
anak yang dilahirkan juga akan menjadi persoalan dalam menentukan sama ada anak
yang dihasilkan adalah anaknya yang sebenar atau adalah kembar kepada dirinya.
Hal ini berlaku kerana genetik mereka adalah sama dan tiada keaslian. Selain
itu, penyelewengan juga akan berlaku jika pihak tidak bertanggungjawab
melakukan aktiviti pengklonan ini. Mereka boleh mengklon artis yang terkenal,
insan yang berpengaruh di dunia ini dan pelbagai lagi (Majdah, 2001). Selain
itu, anak yang lahir hasil dari kaedah pengklonan juga akan kelihatan berbeza
dari anak yang lahir hasil persenyawaan normal. Anak ini akan menghadapi
pelbagai konflik dalam kehidupan dari segi hak, waris harta pusaka mahupun
perkahwinan. Ini kerana anak klon tidak mempunyai bapa yang dari segi
undang-undang. Permasalahan ini dikhuatiri akan menjejaskan keharmonian
masyarakat (Fatwa Selangor, 2003).
No comments:
Post a Comment